Ku Di Sini,Tiada Lagi Tangisan..(Malaysian -> English)

Thread: Ku Di Sini,Tiada Lagi Tangisan..(Malaysian -> English)

Tags: None
  1. xavihernandes's Avatar

    xavihernandes said:

    Default Ku Di Sini,Tiada Lagi Tangisan..(Malaysian -> English)

    I love these songs,I hope you(my Malaysian or Indonesian or Singaporean friends) could help me

    1.Bicara Kasih (by Elly Mazlein)


    aruskah aku yang meminta
    Noktah hubungan cinta kita
    Sedang masa berlalu pantas
    Menelan waktu usiaku

    Cinta yang kita bina bersama
    Belum ada penghujungnya
    Menghitung detik perjalanan
    Mencengkam perasaan
    Cinta dalam kedukaan

    Bicara pada malam
    Seakan mengerti apa kurasakan
    Dalam keliru
    Masih lagi mencari jawapan


    Bicara pada sepi
    Seakan memujuk hati
    Kau tahu ku amat menyintai
    Tak mungkin cari pengganti

    Apakah aku hanya sandaranmu
    Kau datang dan pergi sesuka hati
    Kau hilang kala ku memerlukan
    Tinggal keseorangan

    Setitik kasih yang engkau berikan
    Tak mampu lagi untuk ku bertahan
    Izinkan ku mengundur diri
    Pergi bersama hati yang terluka

    -------------------------------------------------

    2.Ku Di Sini (by Fauziah Latiff)

    Ku di sini meratapi kasih hilang pergi
    Mungkinkah kembali
    Ku tak pasti hingga Kini
    Meratapi kasih dukaku di hati

    Ku mengerti pengorbanan ini
    Ku tempuhi dengan rela hati
    Walau perit akan ku lalui
    Kerna kasih bukan kerana membenci


    Andai beginikah penghinaan
    Kan ku titip kesabaran
    Dari segala dugaan

    Oh Tuhan
    Kau dengarkanlah rayuan
    Cintaku yang berpanjangan tak kesampaian
    Yang ku dambakan tiada haluan
    Yang berpanjangan tak kesampaian
    Yang ku dambakan tiada haluan

    Ku di sini melewati hari penuh duri
    Ku masih di sini..

    --------------------------------------------------------

    3.Tiada Lagi Tangisan(by Aishah)

    Kini telah lama kita berpisah
    Rintihan asmara kian berubah
    Tiada lagi mengharap
    Tiada lagi belaian manjamu
    Semua telah berakhir

    Ketenangan hidup menyinariku
    Keperitan cinta terlerai sudah
    Tabahkanlah hati luka nan berduri
    Aku mengenali siapakah diriku sebenarnya

    Tiada lagi tangisan
    Tiada lagi airmata
    Membasahi jiwa luka
    Yg tinggallah hanya memori duka
    Semua diduga
    Pertemuan kali ini
    Takkan berkekalan
    Berakhirnya istana bahagia

    Biarkan aku hidup keseorangan
    Tak perlu lagi cinta yg menghiris luka
    Titisan airmata kini kekeringan
    Tak perlu menabur kasihmu…

    Ketenangan hidup menyinariku
    Keperitan cinta terlerai sudah
    Tabahkanlah hati luka nan berduri
    Aku mengenali siapakah diriku sebenarnya

    Dan kini tertutup jendela harapan ini
    Kau yang menanti ke pangkuan aku
    Semua takdir yg telah kuketemu
    Telah ku bina segala tanpamu
    Last edited by xavihernandes; 02-06-2011 at 07:10 PM.