Setia Mu Gugur Di Mata lyrics

Sekian lama tak ku dengar, suaramu kekasih
Dapat aku rasakan, bahangnya perpisahan
Yang menjarakkan
Cinta kita

Walaupun tidak kau nyatakan
Tapi dapat ku rasakan
Perubahan dirimu yang ketara denganku
Semenjak engkau mengenali dia

Semenjak diusik keresahan
Memaksa aku menemuimu
Alangkah pedihnya hati ini
Bila kau putuskan perhubungan

Tak mungkin akan ku membiarkan
Hatiku menangis kerana mu
Kerana cinta tak kesampaian
Tapi berilah aku kesempatan

Tidak ku tahu mengapa engkau
Menghukumku sedemikian
Tanpa memberi ku kesempatan
Mempertahankan diriku

Luka hatimu mana tempatnya
bencimu tiba oh mengapa
Kasihmu berkubur mana nisannya
Setiamu gugur di mata

Tak ku sangka begitu
Singkatnya cinta kita
Seandainya ku tahu
Lupakan saja

Andainya keterlanjuranku
Maafkan daku kekasih
Kerana menyingkapi sejarah cinta luka
Yang diakhiri dengan airmata

Submitted by Guest