Nora – Bahtera Impian lyrics

Biar jauh mana perjalanan ditempuh
Biar onak dan duri merintangi
Tidak ku gentari demi keranamu
Kasihku yang satu
Kugenggam satu harapan
Dalam bahtera impian

Andai ku berenang di lautan gelora
Andai sayapku patah dan terluka
Jangan ditangisi apa yang terjadi
Sabarlah menanti
Tabahkan dalam hatimu
Hanya itu yang ku mahu

Demi kerana kasihku
Demi impian yang satu
Biarlah ku korban
Hanya untukmu
Kasihku tetap bersemi
Dalam ingatan abadi
Untukmu sehingga titisan akhir

Janganlah dirimu tangisi
Sabarlah menanti
Tabahkan dalam hatimu
Hanya itu yang ku mahu

Submitted by Guest